PENCAPAIAN MANIFESTO BARISAN NASIONAL (BN) PRU13: KEHIDUPAN BANDAR – RANGKAIAN PENGANGKUTAN

Manifesto meningkatkan Kehidupan Warga Bandar menjadi keutamaan kerajaan terutama untuk menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan

Manifesto meningkatkan Kehidupan Warga Bandar menjadi keutamaan kerajaan terutama untuk menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan

Menerusi strategi lautan biru, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bekerjasama dalam pembinaan kemudahan Park n Ride di stesen perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter dan Express Rail Link (ERL).

Sebanyak 4,188 ruang parker untuk penumpang rel disediakan dengan kos pembinaan sebanyak RM145.2 juta.

Lokasi kemudahan Park N’ Ride boleh didapati di Salak Tinggi, Rawang, Nilai, UKM, Serdang, Taman jaya, Taman Paramount, Taman Bahagia dan Klang

Penyediaan kemudahan itu seiring dengan inisiatif kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat.

Turut disediakan adalah kemudahan lif, laluan pejalan kaki berbumbung, surau, kamera litar tertutup (CCTV) dan gerai makanan.

Pembinaan Park n Ride turut mendapat kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri

Kategori
MANIFESTO PRU13Politik