PENCAPAIAN MANIFESTO BARISAN NASIONAL (BN) PRU-13: PENGANGKUTAN AWAM – HSR BERKELAJUAN TINGGI

Projek infrastruktur berimpak tinggi Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura (KLSG HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura menandakan permulaan cukup bermakna kepada pembangunan sistem pengangkutan awam antara bandar di negara ini.

Projek infrastruktur berimpak tinggi Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura (KLSG HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura menandakan permulaan cukup bermakna kepada pembangunan sistem pengangkutan awam antara bandar di negara ini.

KLSG HSR bukan saja mengubah landskap pengangkutan, malah mewujudkan manfaat ekonomi dan sosial yang penting kepada Malaysia.

Ini menandakan Malaysia sudah boleh mampu dan berdiri setanding negara maju lain dalam pengangkutan awam dengan kejayaan awal pembinaan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), diikuti Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3), Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) dan KLSG HSR.

Projek mega sebegini selaras dengan matlamat untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang tahun 2030.

KLSG HSR yang bakal menjadi mod pengangkutan awam rel paling laju dengan kelajuan maksima 320 kilometer sejam, sejauh 350 kilometer dan hanya 90 minit masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura dijangka beroperasi menjelang akhir tahun 2026.

KLSG HSR bakal mempunyai lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, BangiPutrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri di Malaysia dan Jurong East di Singapura.

Projek ini yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura akan menarik kawasan terpencil dengan lebih dekat, selain memacu pertumbuhan dan pembangunan serta membantu meningkatkan ekonomi bandar di sepanjang jajaran, sekali gus membuka potensi kawasan berkenaan.

Mampu tarik pelancong

Projek itu juga mampu menarik kedatangan pelancong, selain memberi kemudahan kepada pekerja dan pelabur kerana KLSG HSR menawarkan pilihan kompetitif bagi penjimatan masa, sekali gus membuka banyak peluang baharu.

Projek HSR diyakini mampu menjadi pemangkin penting kepada tiga sektor utama iaitu ekonomi, pelancongan dan pengangkutan awam, selain memberi kesan positif kepada sektor hartanah khususnya di kawasan berhampiran stesen.

Dari sudut ekonomi pula, projek HSR dapat menarik lebih ramai pelabur, sekali gus meningkatkan pelaburan langsung asing dan membuka banyak peluang pekerjaan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan melalui pembinaan pusat perniagaan dan komersial, sektor industri serta perkhidmatan sokongan yang manfaatnya diraih seluruh rakyat.

Kategori
MANIFESTO PRU13Politik