PENCAPAIAN MANIFESTO BARISAN NASIONAL (BN) PRU-13: KEHIDUPAN BANDAR – RANGKAIAN PENGANGKUTAN

Peralihan ke arah pengangkutan awam darat yang lebih bersepadu untuk memudahkan perjalanan di bandar-bandar yang pesat membangun amatlah penting.

Peralihan ke arah pengangkutan awam darat yang lebih bersepadu untuk memudahkan perjalanan di bandar-bandar yang pesat membangun amatlah penting.

Di Malaysia, kemudahan bersepadu seperti KL Sentral, yang terletak di pusat Kuala Lumpur, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di selatan Kuala Lumpur, Terminal Amanjaya di Ipoh, dan Melaka Sentral di Melaka memudahkan dan melancarkan pengalaman perjalanan bagi penumpang.

Menambah kepada ini adalah Hentian Akhir Bandar (HAB) yang terletak di seluruh Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang (GKL/KV) yang menyatukan pelbagai jenis pengangkutan awam.

Pada masa ini, terdapat lima projek HAB di Lembah Klang iaitu HAB Wira Damai, HAB Seksyen 19, HAB PJS 3/2, HAB Seksyen 17 (dalam pembinaan) dan HAB Jalan Othman (dalam pembinaan).

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM16.5 juta untuk projek ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada rakyat.

 

 

Kategori
MANIFESTO PRU13Politik