PENCAPAIAN MANIFESTO BARISAN NASIONAL (BN) PRU-13: DASAR PENGAMBILAN OKU PERKHIDMATAN AWAM

Dalam menjalani hidup sebagai individu normal, golongan OKU  juga memerlukan pekerjaan atau kerjaya bagi memenuhi tuntutan kehidupan untuk hidup berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.

Golongan kurang upaya atau OKU ini tidak pernah sekalipun dipinggirkan. Kerajaan juga sentiasa komited dalam usaha memastikan golongan OKU mendapat hak sama rata dan peluang yang sama seperti anggota masyarakat yang lain dalam semua aspek kehidupan.

Usaha ini sangat penting bagi menggalakkan penyertaan penuh dan efektif golongan istimewa ini untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki.

Dalam menjalani hidup sebagai individu normal, golongan OKU  juga memerlukan pekerjaan atau kerjaya bagi memenuhi tuntutan kehidupan untuk hidup berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.

Untuk itu, komitmen kerajaan untuk memberi peluang kepada OKU ini menjalani kehidupan normal dengan memberi pekerjaan kepada mereka terbukti dengan 3655 orang kurang upaya dilantik dalam perkhidmatan awam dan tadbir urus.

 

 

 

 

Kategori
MANIFESTO PRU13Politik