‘Keluarga Tok Guru halang Tun M ziarah kubur’

Media yang cuba mendapatkan penjelasan kemudian hampa, apabila Nik Adli enggan ulas lanjut. "Saya tak nak komen lanjut, nanti fitnah, ini permintaan keluarga (mengunci pintu masuk),"
KOTA BHARU: Hajat Tun Dr Mahathir Mohamad menziarah kubur bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak kesampaian.

Salah seorang anak Allahyarham, Nik Adli bertindak meminta pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka, untuk mengunci pintu masuk ke makam bapanya.

Pihak media dimaklumkan, Dr Mahathir yang dalam jelajah Pakatan Harapan (PH) ke negeri ini, akan singgah melawat kubur Allahyarham Nik Aziz, diiringi calon parti itu di DUN Chempaka, Nik Omar.

Pintu pagar kawasan perkuburan dikunci. - Foto Astro AWANI/Marlina Manaf

Pintu pagar kawasan perkuburan dikunci. – Foto Astro AWANI/Marlina Manaf

Bagaimanapun, ketika media sedang menanti kelibat Dr Mahathir, pihak pengurusan kubur diiringi Nik Adli mengunci pintu masuk.

Media yang cuba mendapatkan penjelasan kemudian hampa, apabila Nik Adli enggan ulas lanjut.

“Saya tak nak komen lanjut, nanti fitnah, ini permintaan keluarga (mengunci pintu masuk),” ulas beliau secara ringkas.

Lori tiga tan menghalang laluan masuk. - Foto Astro AWANI/Marlina Manaf

Lori tiga tan menghalang laluan masuk. – Foto Astro AWANI/Marlina Manaf

Tidak cukup mengunci pintu masuk, Nik Adli juga meletakkan lori tiga tan untuk menghalang laluan masuk.

Nik Adli kemudian meminta wakil keluarga, memberi penjelasan lanjut.

“Kami tidak halang, kami tutup ruang, daripada melakukan perpecahan, ini cara untuk elak timbul unsur-unsur merosakkan,” jelas Ahmad Dusuki Abd Rani yang juga anak saudara kepada Allahyarham Nik Aziz.

Ahmad Dusuki Abd Rani yang juga anak saudara kepada Allahyarham Nik Aziz.

Ahmad Dusuki Abd Rani yang juga anak saudara kepada Allahyarham Nik Aziz.

Beberapa individu dipercayai wakil keluarga Allahyarham juga meminta Dr Mahathir menziarahi makam tersebut selepas selesai pilihan raya umum nanti.

Media difahamkan Dr Mahathir membatalkan kunjungan ke makam bagi mengelakkan ketegangan selepas dimaklumkan pintu masuk ke kubur dikunci.

Kategori
Politik