Hanya persiapan BN dibincang, tiada tarikh PRU-14

memfokuskan mengenai persediaan setiap parti dan sejauh mana ia sudah dilaksanakan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang berlangsung malam tadi tidak membincangkan mengenai tarikh PRU-14.

Sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN hanya banyak membangkitkan mengenai persiapan yang dijalankan oleh setiap parti komponen.

Beberapa pemimpin parti komponen yang hadir memaklumkan mesyuarat memberitahu Najib banyak memfokuskan mengenai persediaan setiap parti dan sejauh mana ia sudah dilaksanakan.

“Nanti kita bincang peringkat tertinggi lagi, masih ada masa lagi untuk perbincangan,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa ditemui wartawan selepas mesyuarat di PWTC malam tadi.

Presiden LDP, Datuk Seri Teo Chee Kang pula berkata, mesyuarat berlangsung dengan baik dan perbincangan yang menjurus kepada persediaan serta senarai calon menjadi topik utama.

“Berkenaan pilihan raya turut dibangkitkan dan dibincang dalam suasana baik

“Sememangnya BN akan address isu-isu ini dalam cara konsensus,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, isu berhubung manifesto dan persiapan di peringkat akar umbi juga dibangkitkan oleh Najib sepanjang mesyuarat itu.

“Persiapan manifesto, persiapan di peringkat akar umbi dan bagi kami sudah sedia untuk turun padang dan kami yakin Barisan tetap menang di Sabah dan membentuk kerajaan pusat, tapi kami kena kerja keras,” katanya.

Apabila ditanya mengenai tarikh PRU14, Maximus berkata, ia tidak dbincangkan dalam mesyuarat hari ini.

“Belum dibincangkan lagi,” katanya lagi.

Mengenai senarai calon, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tiong Lai pula berrkata semua senarai calon sudah dihantar pihaknya dan kini hanya menunggu dimuktamadkan oleh Najib.

“Semua senarai pendek calon sudah dimuktamadkan tapi kita serah kepada Perdana Menteri untuk muktamadkan.

“Kita sudah senaraikan calon semua daripada semua parti komponen,” kata beliau.

Kategori
PolitikUtama