Polis Britain temui botol kecil Novichok

63 LONDON: Polis Britain berkata semalam bahawa mereka menemui ‘botol kecil’ mengandungi ejen saraf Novichok  buatan Soviet di rumah salah seorang daripada dua rakyat Britain yang jatuh sakit hujung...

LONDON: Polis Britain berkata semalam bahawa mereka menemui ‘botol kecil’ mengandungi ejen saraf Novichok  buatan Soviet di rumah salah seorang daripada dua rakyat Britain yang jatuh sakit hujung bulan lalu.

“Rabu lalu bersamaan 11 Julai, satu botol kecil dijumpai ketika proses mencari dilakukan di rumah Charlie Rowley di Amesbury.

“Saintis kini mengesahkan bahan terkandung dalam botol itu adalah Novichok,” kata polis dalam kenyataan, empat bulan selepas bekas perisik Russia dan anak perempuannya diracun dengan bahan sama.

Rowley, 45, dan rakannya Dawn Sturgess, 44, pengsan di rumahnya selang setengah jam pada 30 Jun lalu.

Sturgess meninggal dunia Ahad lalu sementara Rowley pulih daripada pengsan dan tidak lagi berada dalam keadaan kritikal. – AFP.

 

Kategori
BeritaDunia