Pesawat Ryanair mendarat cemas

58 BERLIN: Sebuah pesawat Ryanair melakukan pendaratan cemas di Frankfurt, Jerman selepas secara tiba-tiba hilang tekanan dalam kabin, menyebabkan 30 penumpang dirawat di hospital, kata polis dan syarikat penerbangan...

BERLIN: Sebuah pesawat Ryanair melakukan pendaratan cemas di Frankfurt, Jerman selepas secara tiba-tiba hilang tekanan dalam kabin, menyebabkan 30 penumpang dirawat di hospital, kata polis dan syarikat penerbangan Ireland itu hari ini.

Penerbangan malam Jumaat dari Dublin, Ireland ke Zadar, Croatia itu membawa 189 penumpang.

“Penumpang mengadu sakit kepala dan sakit telinga serta tidak sihat,” kata jurucakap polis kepada agensi media Jerman, DPA.

Kategori
BeritaDunia