PASUKAN KESELAMATAN AFGHANISTAN PATAHKAN SERANGAN TALIBAN, BUNUH 17 MILITAN

35 KUNDUZ, Afghanistan, 19 Julai (Bernama) — Sekurang-kurangnya 17 pemberontak terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila pasukan keselamatan Afghanistan menangkis serangan Taliban ke atas tempat pemeriksaan di utara wilayah...

KUNDUZ, Afghanistan, 19 Julai (Bernama) — Sekurang-kurangnya 17 pemberontak terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila pasukan keselamatan Afghanistan menangkis serangan Taliban ke atas tempat pemeriksaan di utara wilayah Kunduz pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua memetika kenyataan polis.

“Sejumlah besar militan Taliban telah menyerang tempat pemeriksaan keselamatan di daerah Imam Sahib pada pukul 1.30 pagi waktu tempatan namun tindakan ganas mereka berjaya dipatahkan dan menyebabkan 17 anggotanya maut,” kata polis.

Sementara itu, Gabenor Imam Sahib, Mahboudullah Sayedi, berkata pertempuran itu menyebabkan tiga anggota pasukan keselamatan cedera.

Operasi pembersihan sedang dilakukan bagi memastikan keamanan berterusan di daerah bergolak itu.

Militan Taliban yang menguasai beberapa bahagian wilayah Kunduz yang bermasalah itu belum memberikan sebarang komen berhubung pertempuran tersebut…..

Kategori
BeritaDunia