Pasangan Selangor lega raih pingat emas

"Kita bermula aksi hari ini tidak begitu baik, namun kita berjaya bangkit mengejar peserta di hadapan pada permainan keempat.

PETALING JAYA, 10 Julai (Bernama) — Biarpun bermula kurang baik, Wan Nadzmi Fikri Mohd Faisal dan Mohd Arif Iskandar Azahar dari Selangor boleh menarik nafas lega apabila menyumbangkan pingat emas kepada pasukan mereka.

Dalam acara beregu lelaki pada Kejohanan Boling Antara Negeri ke-31 itu di Pyramid Mega Lanes, Bandar Sunway di sini hari ini, pasangan itu mula mendapat sentuhan pada permainan keempat.

Gandingan itu mendahului carta kedudukan selepas mencatat 2,493 jatuhan pin, hanya 89 pin mengatasi pasangan Negeri Sembilan, Shamsul Riza-Noor Afizal, yang meraih pingat perak.

Satu lagi pasangan Negeri Sembilan, Mohd Fadli Ramli-Muhd Qayyum Syafiq memenangi pingat gangsa selepas melakukan keseluruhan 2,380 jatuhan pin.

“Kita bermula aksi hari ini tidak begitu baik, namun kita berjaya bangkit mengejar peserta di hadapan pada permainan keempat. Pada permainan kelima, kita berjaya mendahului pasangan lain dan mengekalkan momentum itu untuk meraih pingat emas

Kategori
BeritaSukan