Parlimen India terima usul undi tidak percaya atas kerajaan Modi

75 NEW DELHI, 18 Julai (Bernama) — Parlimen India pada Rabu menerima usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, yang dikemukakan pihak pembangkang iaitu Parti...

NEW DELHI, 18 Julai (Bernama) — Parlimen India pada Rabu menerima usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, yang dikemukakan pihak pembangkang iaitu Parti Kongres dan dua parti wilayah.

Speaker Dewan Rakyat (Lok Sabha), Sumitra Mahajan berkata notis berkaitan usul itu dikemukakan oleh Parti Kongres bersama Parti Nasional (TDP) Andhra Pradesh dan Parti Kongres Nasionalis Maharashtra.

Agensi berita Xinhua melaporkan, bagaimanapun, ia tidak akan memberikan ancaman kepada Kerajaan India, memandangkan Parti Bharatiya Janata (BJP) mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.

Tambahan pula, ia mempunyai rakan gabungan yang bersama membentuk Perikatan Demokratik.

Ketua Menteri TDP Andhra Pradesh, N. Chandrababu Naidu merupakan individu utama di belakang usul berkenaan…..

Kategori
BeritaDunia