Video ‘hantu’ di sebuah sekolah di Langkawi tular

Hanya dua pengawal keselamatan sekolah dikenal pasti bertanggungjawab merakam video tersebut melalui telefon bimbit mereka.

KLIP video menayangkan suasana seram waktu malam dari sebuah sekolah di Kuah, Langkawi kini tular.

Dalam klip video berdurasi 2 minit 23 saat, kedengaran suara seorang perempuan sedang meraung dan menangis seolah-oleh meminta pertolongan.

Menurut  Ketua Polis Daerah Langkawi ketika dihubungi melalui telefon petang tadi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihak polis telah pun dimaklumkan oleh pihak sekolah tersebut di mana kejadian tersebut berlaku dua hari lepas.

Menurutnya, pengawal sekolah telah dipanggil untuk ditemu bual pihak polis.

Hanya dua pengawal keselamatan sekolah dikenal pasti bertanggungjawab merakam video tersebut melalui telefon bimbit mereka.

Namun, menurut Iqbal sehingga kini tiada siasatan lanjutan dilakukan kerana menyifatkan perkara tersebut sebagai mistik.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ianya satu ‘prank’ yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Walaubagaimanapun semasa ditemu bual polis, kedua-dua pengawal keselamatan terbabit mengatakan rakaman tersebut adalah rakaman tulen tiada suntingan yang dilakukan.

Namun, kedua-duanya sebenarnya tidak berhasrat untuk menakut-nakutkan sesiapa, namun ianya berlaku secara tidak sengaja apabila ditularkan oleh adik dari salah seorang pengawal tersebut.

Kategori
Nasional