Tiga veteran UMNO dipecat

Kita bukan bertindak berdasarkan 'hearsay' (cakap-cakap). Bila ada bukti yang kukuh contohnya gambar, baru kita keluarkan surat (pengguguran)

PUTRAJAYA: Tiga tokoh negara, Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim dipecat keahlianya daripada UMNO berkuat kuasa semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, pemecatan itu susulan sokongan pemimpin terbabit terhadap pembangkang selain mengeluarkan kenyataan menghentam parti.

Tegasnya, beliau terlebih dahulu menyelidik sebelum membuat keputusan dan menandatangani surat pengguguran keahlian tiga veteran UMNO itu.

“Kita bukan bertindak berdasarkan ‘hearsay’ (cakap-cakap). Bila ada bukti yang kukuh contohnya gambar, baru kita keluarkan surat (pengguguran).

“Mengikut perlembagaan parti mereka sebagai veteran UMNO tahu bahawa tindakan mereka itu salah apabila berceramah di atas pentas pembangkang,” katanya.

“Sebagai veteran UMNO, mereka sendiri tahu. Mungkin memang mereka sendiri nak kita gugurkan mereka sebagai ahli. Apa yang menyedihkan saya, sewaktu mereka dalam parti kami semua menyokong mereka, sedangkan ketika itu mereka juga ‘bermasalah’,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai beberapa veteran UMNO yang didakwa menghentam parti serta menyokong pembangkang dalam musim kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sosok dua bekas menteri itu, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin dilihat hadir pada kempen Pakatan Harapan di Melaka pada Jumaat malam.

Ini merupakan kali pertama bekas menteri dan bekas Ketua Wanita UMNO hadir pada ceramah PH - Foto: @israrkhalid

Ini merupakan kali pertama bekas menteri dan bekas Ketua Wanita UMNO hadir pada ceramah PH – Foto: @israrkhalid

Kategori
BeritaNasional