Media Prima Catat Kerugian Bersih RM669.66 Juta

Media Prima Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM669.66 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 berbanding kerugian bersih sebanyak RM69.78 juta pada 2016.

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM669.66 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 berbanding kerugian bersih sebanyak RM69.78 juta pada 2016.

Bagaimanapun, kumpulan media itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata, ia mencatatkan perolehan sebanyak RM1.19 bilion bagi tempoh berkenaan, berbanding RM1.28 bilion pada tahun kewangan 2016.

Menurut Media Prima, perolehan susut sebanyak tujuh peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya, kesan daripada iklan dan jualan akhbar yang rendah, selain pertukaran kepada media digital yang memberikan kesan ketara kepada perniagaan media tradisional kumpulan.

“Walaupun kumpulan meneroka bidang digital baharu dan inisiatif perniagaan berasaskan pengguna bagi mengimbangi segmen media tradisional, inisiatif ini masih berada dalam tempoh pembinaan,” kata kumpulan itu.

Bagi masa depan, Media Prima berkata, ia akan meneruskan proses transformasinya dan meningkatkan usaha untuk mempercepatkan inisiatif menjana hasil dengan memaksimumkan aset yang ada dan memanfaatkan capaian luas melalui jenamanya yang kukuh dan platform bukan digital.

 

 

 

Kategori
Nasional