Mangsa banjir di Sarawak terus meningkat 4,887 orang

Tujuh bahagian terjejas akibat bencana tersebut iaitu Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang.

KUCHING: Setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa di Sarawak terus meningkat kepada 4,887 orang berbanding 3,435 orang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kesemua mangsa terdiri daripada 1,419 keluarga yang ditempatkan di 31 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Tujuh bahagian terjejas akibat bencana tersebut iaitu Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang.

Kota Samarahan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,857 mangsa daripada 534 keluarga, Serian 1,564 orang (459 keluarga), Bintulu 504 mangsa (145 keluarga), Sibu 388 orang (119 keluarga), Mukah 271 mangsa (84 keluarga), Limbang 271 mangsa (64 keluarga) dan Sri Aman 32 mangsa (14 keluarga).

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam kenyataannya melaporkan terdapat 43 sekolah terpaksa ditutup akibat banjir yang melibatkan 5,380 pelajar, 677 guru dan 249 staf sokongan sekolah.

— BERNAMA

Kategori
BeritaNasional