Lim Guan Eng menghadap Yang Dipertua Negeri minggu depan

Seperti yang saya sebut tadi kita akan ikut proses biasa. Kita perlu mengadakan satu mesyuarat Exco sebelum menghadap Istana Seri Mutiara (Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijangka bertemu Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ‘minggu depan’ bagi mendapatkan persetujuan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang.

Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan tarikh dan masa perjumpaan itu akan diadakan.

Katanya, tarikh pertemuan dan cadangan pembubaran akan diputuskan selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diadakan.

“Seperti yang saya sebut tadi kita akan ikut proses biasa. Kita perlu mengadakan satu mesyuarat Exco sebelum menghadap Istana Seri Mutiara (Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang).

“(Selepas) mesyuarat Exco dan kita akan pohon tarikh pembubaran,” katanya selepas merasmikan Upacara Pecah Tanah ‘Tanjung Bungah Park Project’ di Batu Ferringhi, pada Jumaat.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Parlimen akan dibubarkan berkuat kuasa esok untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung sekitar jam 12 tengah hari itu dibuat selepas Najib menghadap dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Kategori
BeritaNasional