Kita bertuah dapat Tun Mahathir sebagai PM kali kedua – Tan Sri Razali

“Saya doakan Tun untuk sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, lebih kreatif dalam menjalankan tugas dan kita sangat bertuah kerana Tun menjadi Perdana Menteri kita, bukan sekali tetapi dua kali,” ucapnya.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Razali Ismail menyifatkan Malaysia merupakan satu negara yang bertuah kerana memiliki individu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Katanya, kejayaan luar biasa ini menjadikan Malaysia mengukir sejarahnya tersendiri dalam landskap politik berbanding negara ASEAN yang lain.

Bersempena ulang tahun Dr Mahathir yang ke 93, Razali berharap agar Malaysia terus mendapat khidmat dan komitmen daripada Perdana Menteri yang ketujuh itu dalam membantu negara untuk terus maju.

“Saya doakan Tun untuk sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, lebih kreatif dalam menjalankan tugas dan kita sangat bertuah kerana Tun menjadi Perdana Menteri kita, bukan sekali tetapi dua kali,” ucapnya.

Kategori
Nasional