Kerajaan mula kawal selia industri e-hailing

Setelah mendengar pelbagai keluhan pemandu teksi dan pemandu e-hailing, SPAD telah merangka perundangan dan syarat-syarat yang akan dikenakan kepada Perniagaan Pengantara dan pemandu e-hailing

PUTRAJAYA: Perkhidmatan e-hailing akan mula dikawal selia Kerajaan bermula esok (12 Julai) melalui Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah itu adalah bagi memberi kesaksamaan kepada industri teksi supaya persaingan akan menjadi lebih sihat, dan seterusnya memberi lebih manfaat kepada pengguna.

“Setelah mendengar pelbagai keluhan pemandu teksi dan pemandu e-hailing, SPAD telah merangka perundangan dan syarat-syarat yang akan dikenakan kepada Perniagaan Pengantara dan pemandu e-hailing.

“Dengan akta ini, syarikat-syarikat e-hailing mesti berdaftar dengan SPAD dan perlu membayar fi yang ditetapkan,” katanya lagi.

Kategori
BeritaNasional