Kami janji peti undi awal selamat – SPR

Jadi, tidak timbul isu peti undi tidak selamat seperti dakwaan sesetengah pihak sebelum ini
KUALA LUMPUR : Peti-peti undian awal akan dikawal dengan teliti dan bagi menjamin keselamatannya.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Othman Mahmood berkata kawalan dibuat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ketat untuk menjamin ketelusannya.

“Jadi, semua peti-peti undi ini akan disimpan di balai polis yang ditentukan. Jadi keselamatannya terjamin kerana tiada yang boleh masuk kecuali mereka yang bertugas sahaja,” katanya.

Beliau ditemui di Sekolah Kebangsaan Kementah selepas membuat lawatan melihat proses pengundian awal bagi 8,118 petugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan yang berdaftar untuk mengundi di sana.

Tambah beliau, semua peti undi akan dibawa ke tempat pengiraan undi pada 9 Mei nanti mulai jam 4 petang.

“Jadi, tidak timbul isu peti undi tidak selamat seperti dakwaan sesetengah pihak sebelum ini,” katanya.

Kategori
BeritaNasional