Institusi pengajian tinggi perlu ‘buka pintu’ kepada semua – Tun Mahathir

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas menerima Ijazah Doktor Kehormat di Universiti Ritsumeikan pada Rabu.
OITA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar dsemua institusi pengajian tinggi di dunia ini dibuka kepada umum tanpa mengira bangsa dan negara.

Menurutnya, ia bagi membolehkan pelajar terutama anak muda untuk berkomunikasi dengan orang ramai dari negara luar dengan lebih baik seperti yang dilaksanakan oleh Universiti Ritsumeikan di Oita, Jepun.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas menerima Ijazah Doktor Kehormat di Universiti Ritsumeikan pada Rabu.

Tambah Dr Mahathir, kemahiran berkomunikasi itu akan membantu anak-anak muda untuk mentadbir kerajaan dengan lebih baik  suatu hari nanti kerana mereka mengenali antara satu sama lain dari negara berbeza.

Dr Mahathir dalam rangka  lawatan kerja ke Fukuoka dan Oita, Jepun bermula 6 hingga 9 Ogos.

Beliau diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, serta para pegawai dari Wisma Putra.

Kategori
Nasional