Harga petrol, diesel kekal

Harga baharu itu akan berkuat kuasa tengah malam ini hingga 4 April 2018.
Harga RON95 kekal pada RM2.20, RON97 pada RM2.47, manakala diesel RM2.18. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Harga runcit bahan bakar RON95, RON97 dan diesel bagi minggu ini kekal tidak berubah.

Harga RON95 kekal pada RM2.20, RON97 pada RM2.47, manakala diesel RM2.18.

Harga mingguan baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di akaun Facebook rasminya pada Rabu.

Harga baharu itu akan berkuat kuasa tengah malam ini hingga 4 April 2018.

Astro AWANI
Kategori
NasionalUtama