Gangguan bekalan air di Lembah Klang 77 peratus pulih – Syabas

Segala usaha dan tindakan diambil bagi meningkatkan tekanan dan penyelarasan di sistem agihan terutama di lokasi atau premis tinggi dan yang berada di penghujung sistem agihan bagi mempercepatkan pemulihan

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air yang melanda Lembah Klang sejak 6 Mac lalu kini sudah 77 peratus pulih kata Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Syabas mensasarkan peratusan pemulihan akan meningkat dan melebihi 90 peratus menjelang tengah malam ini atau awal pagi esok (Ahad).

Dalam satu siaran media, Syabas memaklumkan sehingga 6 petang, 10 Mac 2018, kawsan Hulu Selangor sudah pulih sepenuhnya manakala Kuala Langat 98 peratus, Klang (86.1%), Gombak (78.2%), Petaling (57.5%) dan Kuala Lumpur (52.5%).

“Segala usaha dan tindakan diambil bagi meningkatkan tekanan dan penyelarasan di sistem agihan terutama di lokasi atau premis tinggi dan yang berada di penghujung sistem agihan bagi mempercepatkan pemulihan,” kata siaran media tersebut.

Gangguan bekalan air di Lembah Kelang sepatutnya pulih sepenuhnya pada Jumaat namun ia berlanjutan lebih lama ekoran Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di Loji Rawatan Air SSP3 pecah pada Selasa.

Kejadian itu berlaku selepas kerja-kerja kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan lebih awal dari masa yang ditetapkan iaitu pada jam 5 petang Selasa.

Kategori
BeritaNasional