felda bakal terima semula tanah di jalan semarak

78 Synergy Promenade Sdn Bhd dijangka akan menyerahkan semula tanah kontroversi Felda yang dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City hari ini. Portal Sinar Harian melaporkan kedua-dua pihak difahamkan sudah mencapai kata...

Synergy Promenade Sdn Bhd dijangka akan menyerahkan semula tanah kontroversi Felda yang dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City hari ini.

Portal Sinar Harian melaporkan kedua-dua pihak difahamkan sudah mencapai kata putus berhubung perkara terbabit.

Tanah milik Felda yang bernilai RM270 juta itu mula menjadi kontroversi apabila Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mendedahkan penukaran milik tanah berkenaan tanpa mendatangkan sebarang pembayaran kepada Felda.

 Turut difahamkan satu sidang media akan diadakan bagi menjelaskan perkara berkenaan.
Kategori
NasionalUtama