Dua lelaki maut, motosikal diseret kereta 30 meter

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan mendapati kedua- dua mangsa dipercayai dari arah Persiaran Karpal Singh menghala ke arah Jalan Sungai Pinang.

GEORGETOWN: Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditungang mereka dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan jalanraya di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu / Jalan Sungai Pinang.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa Sutiono Nuryasin, 51 tahun dan Nuril Anwar,49 tahun maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Lebih mengerikan apabila kedua-dua mereka bersama motosikal diseret kira-kira 30 meter.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan mendapati kedua- dua mangsa dipercayai dari arah Persiaran Karpal Singh menghala ke arah Jalan Sungai Pinang.

Salah seorang mangsa yang cedera. - Astro AWANI

Salah seorang mangsa yang cedera. – Astro AWANI

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di persimpangan lampu isyarat itu, sebuah kereta yang datang dari arah E-Gate menghala ke arah Pusat Bandar telah merempuh motosikal yang ditunggang mangsa.

“Akibat perlanggaran itu motosikal mangsa diseret sejauh 30 meter sebelum kedua-duanya tercampak di atas jalan.

“Sutiono cedera parah di kaki dan kepala disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang manakala pembonceng iaitu Nuril Anwar  meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala,” katanya kepada Astro AWANI di sini.

Keadaan kereta Perodua Myvi yang merempuh dua mangsa. - Astro AWANI

Keadaan kereta Perodua Myvi yang merempuh dua mangsa. – Astro AWANI

Anuar berkata, pemandu kereta yang berusia 25 tahun mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ ) 1987.

Kategori
BeritaNasional