Dua beradik rentung

Emak dan kakak mangsa bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

LINGGA: Dua beradik yang sedang tidur rentung dalam insiden kebakaran di Kampung Hilir, Lingga di sini petang tadi.

Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Zulkarnain Ajijul, 2 tahun dan Zulfadli Ajijul, 5 tahun.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Nor Hisham Mohamad ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.25 petang, ketika mangsa bersama-sama emak, Jamilah Tuah dan kakaknya, Nuratiqah Abdullah, 8 tahun, berada di dalam rumah berkenaan.

Emak dan kakak mangsa bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

Pihak Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan berhubung kes tersebut sekitar jam 4.25 petang dan sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota segera diatur gerak ke lokasi dari Balai Sri Aman.

Ketika tiba di lokasi sekitar jam 5.15 petang, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu dan telah terbakar 100 peratus.

Menurutnya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.10 petang sebelum operasi mengeluarkan mangsa dilakukan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Kategori
Nasional