Bangunan KWSP Jalan Gasing terbakar

Setakat jam 12.20 tengahari, punca dan impak masih belum dikenal pasti.

PETALING JAYA: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing di sini.

Setakat jam 12.20 tengahari, punca dan impak masih belum dikenal pasti.

Astro AWANI akan mendapatkan perkembangan terkini dari lokasi kejadian.

Buat masa ini, pengguna jalan raya sedang berkongsi foto serta video kejadian di media sosial.

Buat masa ini, Astro AWANI masih menunggu pengesahan dari kumpulan korporat KWSP. Kru Astro AWANI yang berada di sana akan membawa perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Kategori
BeritaNasional