7,466 pegawai dan anggota PDRM buang undi di Bukit Aman

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tiba pada pukul 9 pagi dan membuang undi pada 9.45 pagi tadi

KUALA LUMPUR: Proses pengundian awal di pusat pengundian Mess Pegawai dan Rumah Perkep, Bukit Aman melibatkan seramai 7,466 warga polis daripada 111,702 anggota di seluruh negara.

Pusat pengundian dibuka di Mess Pegawai dan Rumah Perkep di Bukit Aman ini telah dibuka seawal jam 8 pagi tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tiba pada pukul 9 pagi dan membuang undi pada 9.45 pagi tadi.

Terdahulu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut membuang undi di Bukit Aman pada jam 8.33 pagi.

Turut berada di Bukit Aman bagi melihat proses pengundian awal tersebut adalah calon-calon P121 Lembah Pantai iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon Pas, Fauzi Abu Bakar.

Kelihatan pegawai dan anggota polis mula berbaris untuk membuang undi di Bukit Aman pagi ini. - Foto Astro AWANI.

Kelihatan pegawai dan anggota polis mula berbaris untuk membuang undi di Bukit Aman pagi ini. – Foto Astro AWANI.
Kategori
Nasional