10,000 peluang pekerjaan baharu di Bagan Datuk

Apa yang telah saya umumkan sebelum ini bahawa untuk hab automotif dan kenderaan komersial Kumpulan Tan Chong ini adalah sesuatu yang menjadi kenyataan
BAGAN DATUK: Lebih 10,000 peluang pekerjaan baharu dalam pelbagai sektor akan diwujudkan di daerah Bagan Datuk dalam tempoh lima tahun akan datang.

Antara sektor yang menawarkan peluang pekerjaan tertinggi ialah sektor automotif dan perikanan.

Timbalan Pengerusi Barisan Naisonal (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kumpulan Tan Chong Motor akan melabur RM500 juta untuk membangunkan hab automotif dan kenderaan komersial yang menawarkan 4,000 peluang pekerjaan.

“Apa yang telah saya umumkan sebelum ini bahawa untuk hab automotif dan kenderaan komersial Kumpulan Tan Chong ini adalah sesuatu yang menjadi kenyataan,” katanya pada sidang media khas di Wisma UMNO Bagan Datuk di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden Kumpulan Tan Chong, Datuk Tan Heng Chew, Ketua Penasihat & Pehawai Nilai Cime Darby Plantation, Datuk Franki Anthony Dass, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Datuk Mohd Aminudin Md Desa dan Calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Hab automotif dan kenderaan komersial itu akan dibina di kawasan seluas kira-kira 135 hektar (338 ekar) yang dibeli daripada Sime Darby Plantation.

Sebagai permulaan sebanyak RM100 juta akan dibelanjakan untuk membeli tanah dan membina loji pemasangan bas dan lori fasa 1.

Kategori
BeritaNasional