Menteri Kehakiman dipecat audio skandal rasuah tersebar

78 LIMA: Presiden Peru, Martin Vizcarra memecat Menteri Kehakiman Salvador Heresi, semalam selepas beberapa rakaman audio membabitkan skandal rasuah untuk cuba mempengaruhi hukuman dan keputusan mahkamah. “Untuk kebaikan reformasi...

LIMA: Presiden Peru, Martin Vizcarra memecat Menteri Kehakiman Salvador Heresi, semalam selepas beberapa rakaman audio membabitkan skandal rasuah untuk cuba mempengaruhi hukuman dan keputusan mahkamah.

“Untuk kebaikan reformasi sistem kehakiman, saya sudah meminta Heresi supaya meletak jawatan. Peru memerlukan tindakan yang tegas pada waktu sebegini,” kata Vizcarra menerusi Twitter.

Sebelum pemecatan Heresi, skandal rakaman audio itu mengakibatkan lima hakim dan tiga pegawai kehakiman digantung tugas pada hari sama.

Tindakan Vizcarra dilakukan, selepas satu perbualan antara Heresi dan hakim Mahkamah Agung, Cesar Hinostroza disiarkan di televisyen. Hinostroza adalah hakim tumpuan dalam skandal rakaman audio itu.

Heresi mengesahkan menerusi Twitter bahawa beliau sudah meletakkan jawatan supaya Vizcarra boleh melaksanakan reformasi kehakiman yang diumumkan beliau, Rabu lalu selepas ribuan warga Peru berarak di ibu negara membantah rasuah berleluasa dalam sistem kehakiman. – AFP

Kategori
BeritaDunia