Johansson tarik diri watak transgender susulan kecaman

62 LOS ANGELES: Aktres Scarlett Johansson terpaksa menarik diri daripada watak penjenayah transgender untuk filem akan datang susulan kecaman meningkat terhadap peranan itu, katanya dalam satu wawancara dilaporkan meluas...

Aktres itu pada mulanya disebut-sebut memegang watak utama dalam filem ‘Rub and Tug’, kisah Dante ‘Tex’ Gill, seorang pemilik rumah urut dan ibu ayam yang menjadi individu penjenayah utama pada 1970-an dan 80-an. Penjenayah dengan nama sebenar Lois Jean Gill itu lahir sebagai lelaki.

“Berikutan persoalan etika terbaharu ditimbulkan melingkari pemilihan saya sebagai Dante Tex Gill, saya memutuskan untuk menarik diri daripada projek itu.

Apabila nama Johansson diumumkan, beliau dan projek itu dikecam di media sosial kerana tidak memberi peluang kepada seseorang daripada komuniti itu dengan aktres transgender Trace Lysette dan Jamie Clayton mengetuai kecaman.

Wakil Johansson tidak segera menjawab untuk mengulas, namun sebelum ini mengeluarkan kenyataan menyatakan, Jeffrey Tambor, Jared Leto dan Felicity Huffman melakonkan watak transgender dengan berjaya.

“Ketika saya gembira berpeluang menghidupkan kisah Dante dan peralihannya, saya memahami mengapa ramai merasakan beliau seharusnya digambarkan oleh individu transgender dan saya berterima kasih atas berdebatan pemilihan, walaupun kontroversi, mencetuskan perbincangan lebih besar mengenai kepelbagaian dan perwakilan dalam filem,” tambah Johansson.

Aktres itu juga memetik angka daripada GLAAD atau Pakatan Gay dan Lesbian Menentang Fitnah, menunjukkan watak LGBTQ (lesbian, gay, biseksual dan transgender) menurun 40 peratus pada 2017 berbanding tahun sebelumnya dengan tiada watak sedemikian dalam filem utama. -AFP

Kategori
BeritaDunia