Menurutnya, perkara itu bagi menjamin perkembangan bola sepak negeri untuk jangka panjang memandangkan TFC II adalah pelapis kepada pasukan utama, Terengganu FC (TFC).

Ia berikutan terdapat desas-desus mengatakan pasukan TFC II di bawah kendalian Mustafa Kamal Wahab yang menghuni tangga terbawah Liga Premier bakal dibubar untuk disesuaikan dengan kewangan negeri.

Ahmad Razif berkata, pasukan TFC II perlu diperkasa dan dibarisi pemain muda berbakat besar yang mampu menjadi pelapis kepada skuad utama Terengganu dan kebangsaan.

“Saya berharap Menteri  Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang dilantik menerajui PBSNT tidak akan membubarkan pasukan TFC II, sebaliknya pasukan itu diperkasa lagi sebagai pelapis kepada pasukan TFC.

“Ini untuk kesinambungan pembangunan bola sepak negeri dalam jangka panjang kerana TFC II adalah pelapis kepada pasukan utama, Terengganu FC,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. – Bernama