SAYA TAHU RAMAI BENCIKAN SAYA

Ada segelintir daripada mereka yang seolah-olah sengaja mencari kesalahannya meski apa yang dilakukan itu hanyalah perkara kecil sahaja.

SELEPAS terpalit dengan kontroversi demi kontroversi, penyanyi Haqiem Rusli mengakui dirinya kini sering menjadi sasaran kecaman dari netizen.

Malah kata Haqiem, ada segelintir daripada mereka yang seolah-olah sengaja mencari kesalahannya meski apa yang dilakukan itu hanyalah perkara kecil sahaja.

“Biasalah bila sekali kita buat silap, apa yang kita buat selepas itu juga akan dilihat sebagai negatif meskipun ia hanyalah perkara kecil.

“Kalau orang dah tak suka tu, macam-macam orang akan buat. Saya akui memang ramai yang benci saya sekarang ini.

“Tapi saya dah tak kisah dengan semua itu. Kalau nak kecam, kecamlah. Saya yang dapat pahala. Apa yang penting, saya tak kacau orang atau burukkan orang lain,” luah Haiqem ketika ditemui di Majlis Sidang Media Kempen terbaharu EraFM.

Kategori
Hiburan