FATIYA SEORANG KAWAN YANG BAIK KATA ALI

Ali Reza yang juga merupakan sahabat baik kepada aktres Fatiya Latiff memberitahu dia seorang yang baik.

PELAKON, Ali Reza yang juga merupakan sahabat baik kepada aktres Fatiya Latiff memberitahu dia seorang yang baik.

Menurut Ali Reza atau nama penuhnya Ali Reza Kavoossi, apa yang berlaku terhadap Fatiya sebelum ini dia tidak mahu masuk campur.

Katanya lagi, aktres itu mempunyai potensi besar di lapangan seni tempatan.

“Saya tak mahu mengaitkan diri dengan apa-apa kontroversi yang telah Fatiya lalui dan apa yang telah terjadi sebagai kawan saya doakan yang baik-baik sahaja.

“Bagi saya, Fatiya merupakan seorang kawan yang baik dan Fatiya banyak bantu saya dalam bidang lakonan.

“Saya nampak Fatiya berbakat besar bukan sahaja berlakon tetapi menyanyi juga. Dia ada pakej untuk menjadi artis yang hebat,” kata Ali.

Kategori
Hiburan