ALLAH JAGA KAMU SAYANG

Salima yang telah selamat bersalin anak keduanya jam 3.20 pagi tadi.  Berita ini telah dikongsi oleh Salima di Instagramnnya.

TAHNIAH kepada Salima yang telah selamat bersalin anak keduanya jam 3.20 pagi tadi.  Berita ini telah dikongsi oleh Salima di Instagramnnya.

“Alhamdulillah selepas enam jam menahan sakit nak bersalin, tepat jam 3.20 pagi pada 11/ 08/18, lahirlah seorang mujahidah kecil ini secara normal seberat 3.2 kg pada usia kandungan 37 minggu…yang ALLAH datangkan melalui rahimku.

“Alhamdulillah Sal sihat baby sihat, hanya perlukan rehat…terima kasih atas doa semua…,” tulis Salima di Instagramnya.

Pada status kedua, Salima turut mencoretkan kata-kata yang begitu menusuk ke hati.

Tiada daya upaya melainkan daripada ALLAH.

“Mommy hanya mengandungkan, melahirkan, insyaALLAH, mendidik higga dewasa, tapi segala yang ada pada dirimu semuanya datang daripada ALLAH.

“Wajahmu, tanganmu, matamu, hidungmu mulutmu, seluruh yang ada pada dirimu adalah daripadaNya… moga dirimu membesar sihat menjadi solehah pada pandangan ALLAH, menjadi hambaNya yang taat tanpa bersoal mengapa dan kenapa.

“Kita dtg dr Allah, pulang nt juga pd Allah.. moga hidup kita dihiasi dgn niat dan matlamat tidaklah selain dsripada mengharap redaNya…. .

Kategori
Hiburan