Facebook gantung 400 ribu aplikasi

68 SAN FRANCISCO: Facebook menggantung lebih 400 ribu aplikasi yang sudah disiasat untuk memastikan jika maklumat peribadi penggunanya dikongsi secara tidak wajar. Naib presiden perkongsian produk, Ime Archibong dalam...

SAN FRANCISCO: Facebook menggantung lebih 400 ribu aplikasi yang sudah disiasat untuk memastikan jika maklumat peribadi penggunanya dikongsi secara tidak wajar.

Naib presiden perkongsian produk, Ime Archibong dalam tulisan blognya berkata, aplikasi digantung ‘kerana bimbang terhadap pembangun aplikasi yang memulakannya atau bagaimana maklumat pengguna yang menggunakan aplikasi itu digunakan.

Menurut Archibong, semua aplikasi itu digantung dari semua rangkaian media sosial untuk penelitian mendalam.

Unit aplikasi dilancarkan Facebook pada Mac lalu berpunca daripada skandal penyalahgunaan data oleh syarikat Cambridge Analytica.

Facebook mengaku lebih 87 juta data pengguna mungkin diceroboh oleh Cambridge Analytica, syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kempen pilihan raya presiden Donald Trump pada 2016.

Archibong berkata, aplikasi myPersonality diharamkan oleh rangkaian sosial kerana menolak untuk di audit dan kerana secara jelas mereka berkongsi maklumat dengan penyelidik termasuk syarikat yang mempunyai perlindungan yang terhad.

Katanya, Facebook bercadang untuk memaklumkan kira-kira empat juta pengguna rangkaian media sosial yang berkongsi maklumat dengan aplikasi myPersonality yang kebanyakannya aktif sebelum 2012.

Facebook juga sudah meminda polisi perkongsian aplikasi data sejak skandal Cambridge Analytica.

“Kami akan terus menyiasat aplikasi dan melakukan beberapa perubahan yang diperlukan platform kami dalam memastikan kami melakukan apa yang perlu untuk melindungi data maklumat pengguna,” kata Archibong. – AFP

Kategori
BeritaDunia