Enam kebakaran hutan baharu dikesan di AS

81 LOS ANGELES: Enam kebakaran hutan terbaru dikesan di Amerika Syarikat (AS), sekali gus meningkatkan angka kebakaran aktif di seluruh negara kepada lebih 100 kawasan. Menurut Pusat Penyelarasan Antara...

LOS ANGELES: Enam kebakaran hutan terbaru dikesan di Amerika Syarikat (AS), sekali gus meningkatkan angka kebakaran aktif di seluruh negara kepada lebih 100 kawasan.

Menurut Pusat Penyelarasan Antara Agensi Kebangsaan (NICC), lebih 30,000 anggota, termasuk anggota bomba dari seluruh negara AS dan hampir 140 dari Australia dan New Zealand bertungkus lumus memadamkan api di kawasan lebih 680,000 hektar.

“Kita menjangkakan lebih banyak kebakaran akan berlaku, bermula hari ini,” kata Pusat Ramalan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Oklahoma ketika ditemubual, semalam.

Katanya, ratusan ribut petir yang mencetuskan kilat dengan sedikit hujan dijangka melanda sebahagian wilayah Pergunungan Rocky manakala barat laut AS mengalami keadaan cuaca kritikal termasuk angin kuat selain kelembapan rendah.

NICC berkata, anggota bomba turut berdepan hari yang cukup mencabar ditambah cuaca panas selain angin kencang, semalam.

Kebakaran dikesan berlaku di beberapa negeri dari Washington hingga ke New Mexico dengan California dikatakan antara yang paling teruk. -Reuters.

Kategori
BeritaDunia