Ringgit Terus Mengukuh Masuk Tahun Baru

dolar terus mengalami penurunan permintaan selepas mencecah paras terendah dalam tempoh tiga bulan

Ringgit meneruskan trajektori mengukuh memasuki tahun baharu berbanding dolar US pagi ini susulan permintaan tinggi ke atas nota tempatan selari harga minyak yang tinggi.

Pada 9 pagi, unit tempatan mencatatkan 4.0370/0400 berbanding dolar US daripada 4.0440/0500 pada penutupan Jumaat.

Seorang peniaga berkata dolar terus mengalami penurunan permintaan selepas mencecah paras terendah dalam tempoh tiga bulan berbanding sekumpulan mata wang pada Jumaat dan mengalami kerugian sebanyak 9.8 peratus pada 2017, prestasi terburuk sejak 2003.

Apabila pasaran dibuka hari ini, penanda aras minyak mentah Brent didagangkan pada US$66.70 setong, meningkat 0.82 peratus.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding sekumpulam mata wang utama.

Unit temapatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0235/0260 daripada 3.0265/0323 pada Jumaat dan mengukuh berbading yen kepada 3.5808/5844 daripada 3.5912/5968 sebelumnya.

Ringgit tinggi berbanding euro kepada 4.8517/8557 daripada 4.8451/8535 pada Jumaat dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.4552/4609 daripada 5.4602/4687.

– Bernama

Kategori
Ekonomi