RINGGIT DIBUKA TINGGI BERBANDING DOLAR AS

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 4.0350/0400 berbanding dolar AS daripada 4.0380/0420 sewaktu ditutup pada Jumaat.

KUALA LUMPUR 9 Julai – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu sesi awal dagangan hari ini, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 4.0350/0400 berbanding dolar AS daripada 4.0380/0420 sewaktu ditutup pada Jumaat.

“Kami menjangkakan aktiviti dagangan meningkat minggu ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia yang dijadualkan pada Rabu ini (11 Julai), dengan dagangan ringgit lebih tinggi.

“Berasaskan harga minyak mentah yang dijangka meningkat, mata wang tempatan sewajarnya mendapat beberapa sokongan daripada sektor komoditi,” katanya.

Unit tempatan diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9726/9767 daripada 2.9672/9712 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6522/6578 daripada 3.6497/6536 yang dicatatkan pada Jumaat.

Mata wang tempatan lemah berbanding euro kepada 4.7419/7482 daripada 4.7277/7340 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.3613/3684 daripada 5.3419/3476 pada Jumaat.-BERNAMA

 

 

Kategori
Ekonomi