NAZA PREMIRA TIDAK LAGI EDAR APRILIA

NAZA Premira Sdn Bhd tidak lagi menjadi pengedar motosikal Aprilia di Malaysia berkuat kuasa 31 Julai ini.

NAZA Premira Sdn Bhd tidak lagi menjadi pengedar motosikal Aprilia di Malaysia berkuat kuasa 31 Julai ini.

Dalam kenyataannya, Kumpulan Naza memberitahu, ini adalah susulan pelan rasionalisasi hasil daripada strategi korporat menyeluruh kumpulan itu bagi memastikan kemapanan jangka panjang dan keuntungan jenama dua roda dan empat roda berprestasi lebih tinggi yang lain, selari permintaan pasaran semasa.

Syarikat itu bagaimanapun akan terus memberi perkhidmatan selepas jualan, alat ganti dan jaminan kepada pelanggan Aprilia sedia ada sehingga 30 September.

Ia berkata, Naza Premira akan terus mewakili jenama Piaggio dan Vespa di Malaysia.

Kategori
Ekonomi