MAYBANK RESEARCH SARAN ‘SIMPAN’ KE ATAS MAHB

Maybank Research mengekalkan unjuran pendapatan dengan harga sasaran RM9.00.

KUALA LUMPUR: Maybank Research membuat saranan ‘simpan’ ke atas saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) ekoran keputusan kewangan suku kedua 2018 syarikat itu menunjukkan peningkatan.

Firma penyelidikan itu dalam notanya berkata, keputusan kewangan syarikat itu menggalakkan, disokong oleh pertumbuhan trafik 3.2 peratus tahun ke tahun, manakala komposisi penumpang meningkat 0.9 peratus kepada 46.7 peratus.

“Momentum pertumbuhan trafik terus positif dan kami menjangkakan permintaan akan meningkat pada suku kedua tahun ini selepas penurunan ketika bulan Ramadan dan kesan Pilihan Raua Umum ke-14 yang serentak dengan kewangan suku kedua,” katanya.

Maybank Research mengekalkan unjuran pendapatan dengan harga sasaran RM9.00.

Pada 10.35 pagi, saham MAHB susut enam sen kepada RM8.82, dengan 101,900 saham didagangkan. – BERNAMA

 

Kategori
Ekonomi