BRAHIM’S TEROKA PASARAN INDONESIA, THAILAND

“Indonesia dan Thailand mempunyai peraturan ketat dan amat sensitif untuk membenarkan kemasukan produk asing ke pasaran mereka bagi memastikan produk tempatan terus dilindungi,”

DEWINA Holdings Sdn Bhd, pengeluar produk makanan berjenama Brahim’s, optimis melebarkan sayap niaga ke pasaran Indonesia dan Thailand dalam masa setahun.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata, pada masa ini, pihaknya dalam proses mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia dan Thailand sebelum kesemua rangkaian 42 produknya mendapat kelulusan untuk dijual di negara-negara tersebut.

“Indonesia dan Thailand mempunyai peraturan ketat dan amat sensitif untuk membenarkan kemasukan produk asing ke pasaran mereka bagi memastikan produk tempatan terus dilindungi,” katanya.

Ibrahim berkata, syarikat itu turut berbincang dengan pihak lain yang berkaitan untuk mengeksport produk berasaskan daging ke Eropah dan Amerika Syarikat.

Kategori
Ekonomi