AIRBUS, AIRASIA MAKIN HAMPIR MUKTAMAD BELI 100 A321NEO

Dua sumber itu berkata, AirAsia mampu menempah sehingga 100 pesawat A321neo yang dianggarkan bernilai AS$13 bilion (RM52.68 bilion) pada senarai harga seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg News.

FARNBOROUGH, England: AirAsia Bhd (AirAsia) sedang berunding mengenai kemungkinan pembelian 100 pesawat Airbus A321neo, berikutan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes dan Airbus semakin hampir dalam memuktamadkan tempahan pesawat berbadan badan lebar itu, demikian menurut sumber industri.

Tony juga dijangka menghadiri Pertunjukan Udara Farnborough minggu ini, yang mana kedua-dua pihak terbabit akan mengambil langkah menghampiri penghujung rundingan dan bersetuju kepada semua atau sebahagian pakej kompleks bagi tempahan pesawat badan lebar dan kecil, kata dua sumber.

Dua sumber itu berkata, AirAsia mampu menempah sehingga 100 pesawat A321neo yang dianggarkan bernilai AS$13 bilion (RM52.68 bilion) pada senarai harga seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg News.

Selain itu, sumber ketiga pula menyatakan, ia juga membabitkan naik taraf dari model yang lebih kecil yang mungkin menjadi pencetus kepada tempahan yang lain.

Bagaimanapun, tiada satu dari sumber yang arif dengan hal itu, bersetuju untuk dipetik mengenai perkara yang dianggap sulit itu.

Pelbagai pilihan menggariskan kerumitan portfolio AirAsia memandangkan syarikat penerbangan tambang murah dunia itu kini sedang berkembang pesat.

Meskipun terdapat tarikan dari tempahan 100 pesawat itu, kini semua mata akan memberi tumpuan kepada keputusan sama ada AirAsia akan mengesahkan pembelian A330neo.

AirAsia yang juga syarikat penerbangan tambang murah terbesar dunia juga menghantar isyarat bercampur dalam tempoh beberapa bulan sama ada ia akan mengesahkan rundingan awalnya mengenai 66 pesawat yang dinaiktaraf, A330neo yang mana tempahan itu dijangka digantikan dengan 787 Dreamliner.

Satu delegasi mengatakan, Airbus memerlukan usaha pemasaran bagi pesawat A330neo dan teruja membawakan Tony ke Pertunjukan Udara Farnborough bagi mengesahkan dan mengembangkan tempahannya.

Ia adalah disebabkan kehilangan pembeli terbesar A330neo mampu menjadikan bank mengetatkan terma bagi pembiayaan untuk pesawat sama oleh syarikat penerbangan yang lain dan oleh itu, ia mampu menjejaskan jualan.

Bagaimanapun, sumber berkata, hubungan antara dua syarikat itu semakin baik berikutan pertukaran pengurusan Airbus baru-baru ini.

Tempahan dari AirAsia mampu memberi isyarat hubungan antara Airbus dan pelanggan terbesar dari Asia itu semakin pulih, meskipun Airbus memberi petunjuk yang dilihat sebagai penggerak dalam melindungi keuntungannya.

Sementara itu, pihak bank membuat spekulasi bahawa AirAsia akan memberi tekanan bagi diskaun setinggi 60 peratus untuk A321neo dan dua pertiga tempahan A330neo. Diskaun standard industri adalah hampir kepada 50 peratus. – Reuters

 

Kategori
Ekonomi