Doktor Perancis tawar rawat homoseks disiasat

53 GENEVA: Seorang doktor Perancis yang mendakwa mampu merawat homoseks menggunakan terapi alternatif seperti homeopati disiasat pihak berkuasa, semalam. Menteri kesihatan wilayah, Mauro Poggia meminta suruhanjaya yang memantau golongan...

GENEVA: Seorang doktor Perancis yang mendakwa mampu merawat homoseks menggunakan terapi alternatif seperti homeopati disiasat pihak berkuasa, semalam.

Menteri kesihatan wilayah, Mauro Poggia meminta suruhanjaya yang memantau golongan profesional perubatan dan hak asasi pesakit supaya menjalankan siasatan terhadap amalan Dr Jean-Yves Henry.

“Bagi beliau, seolah-olah homoseks itu satu bentuk penyakit untuk dirawat. Elemen ini cukup munasabah untuk melakukan siasatan,” kata Poggia.

Keputusan untuk menjalankan siasatan diambil selepas banyak komen di media sosial dan kemudian di media arus perdana mengenai doktor itu.

Suruhanjaya Geneva ditugaskan meneliti sama ada pendapat Henry berasingan daripada aktiviti perubatan beliau dan sama ada beliau pernah membahayakan pesakit atau mengamalkan perubatan haram, kata Poggia. – AFP

Kategori
BeritaDunia