TIADA HAD KUOTA UNTUK ANAK SARAWAK SERTAI TLDM

Tiada kuota khas bagi penyertaan warga Sarawak berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

KUCHING: Tiada kuota khas bagi penyertaan warga Sarawak berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Serta tidak wujud penetapan kuota kurang 10 peratus oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pengambilan anak Sarawak menyertai TLDM.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badarudin menegaskan, bahkan TLDM menggalakkan lebih ramai Bukan Bumiputera menyertainya.

Bercakap pada Majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia Kepada Veteran TLDM dan Program Admiral on Deck di Dewan Undangan Negeri Sarawak lama, Ahmad berkata pemohon berkelayakan terus diserap masuk kerana ramai kaum Cina dan India turut diperlukan menyertai TLDM.

Ahmad Kamarulzaman menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 24 penerima terdiri daripada veteran TLDM sebagai menghargai jasa mereka berbakti kepada negara.

Kategori
Borneo