TENTERA BANTU PINDAHKAN MANGSA BANJIR DI RH ANAS

Keadaan di kawasan RH Anas semakin teruk dan penduduk di kawasan tersebut terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan

3 RRD telah membantu memindahkan mangsa banjir di kawasan Rh Anas ke pusat pemindahan pada 9 Feb 2018.

Keadaan di kawasan RH Anas semakin teruk dan penduduk di kawasan tersebut terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan. Pihak tentera telah mengaturgerakan anggota dan aset yang ada bagi membantu memindahkan mangsa banjir.

Seramai 43 orang orang mangsa banjir telah berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan Sk Ulu Sg. Arip.

Kategori
Borneo