Semua Kaum Sumbang Pembangunan Sarawak Dan Miliki Peluang Sama Rata — Wan Junaid

Abang Johari mampu membentuk negeri ini menghadapi era digital kini

KUCHING: Gagasan dan wawasan digitalisasi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mampu membawa Sarawak setanding negeri maju di Semenanjung.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yakin Abang Johari mampu membentuk negeri ini menghadapi era digital kini.

Bercakap pada majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Parlimen P.193 Santubong Bersama Masyarakat Cina Pantai Damai di Bandar Baru Samariang, Wan Junaidi menyeru kaum Cina yang berperanan besar dalam aktiviti ekonomi menyesuaikan perniagaan mereka sejajar visi ekonomi digital Sarawak ini.

Ahli Parlimen Santubong itu juga menyifatkan semua kaum yang hidup rukun damai dalam asas perpaduan kukuh di negeri ini, telah bersama-sama memberi sumbangan kepada pembangunan Sarawak.

Dengan perpaduan dan semua orang mempunyai peluang sama rata di negeri ini, Wan Junaidi yakin Sarawak akan terus maju mencapai tahap lebih tinggi. –Sarawakvoice

Kategori
Borneo