
12 April 2018
KUCHING: Sarawak mengisytiharkan cuti peristiwa pada Rabu, 9 Mei bagi membolehkan rakyatnya melunaskan tanggungjawab mengundi.
Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Pejabat Ketua Menteri Sarawak memaklumkan, pengumuman ini dibenarkan di bawah peruntukan Seksyen 5, Ordinan Cuti Umum (Pindaan) 1958.
Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan cuti pada tarikh tersebut semalam, susulan pengumuman tarikh pilihan raya umum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
Kategori
Borneo