SARAWAK AKAN BEBAS FERI DAN BEBAS TOL

Kerajaan komited menaik taraf jalan pesisir pantai dan membina jambatan menghubungkan sungai di kawasan luar bandar.

KUCHING: Projek Jalan Pesisir Pantai dan Jalan Utama Kedua Sarawak menghubungkan pesisir dan luar bandar dibiayai Kerajaan Negeri dan Persekutuan dijangka selesai sedekad lagi iaitu pada 2028.

Apabila semua projek pembinaan 11 jambatan menelan kos RM56 bilion di Sarawak siap sepenuhnya, Penggunaan Feri Sebagai Pengangkutan Awam Akan Menjadi Sejarah.

Penyiapan kemudahan ini menjadikan Sarawak bebas feri dan bebas tol.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan Seminar Pembangunan Jalan Pesisir Sarawak anjuran Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri pada Khamis.

Pada perasmian itu beliau berkata kerajaan komited menaik taraf jalan pesisir pantai dan membina jambatan menghubungkan sungai di kawasan luar bandar.

Hal ini menurut beliau, kerajaan menyedari sistem pengangkutan baik dapat meningkatkat taraf ekonomi penduduk di sini.

Abang Johari berkata kerajaan negeri sanggup mengeluarkan peruntukan tinggi demi menjayakan projek menghubungkan kawasan di negeri ini walaupun menyedari cabarannya dengan geografi sarawak begitu luas dan banyak sungai.

Beliau berkata, sumber kewangan pendahuluan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) digunakan untuk membiayai pembinaan kemudahan prasarana tersebut.

Menurut Abang Johari, dengan siapnya semua jambatan ini, selain feri tidak lagi digunakan di negeri ini dan beliau akan memastikan jalan raya di Sarawak berstatus bebas tol.

Kategori
Borneo