Risda Sarawak Terima Peruntukan RM47.3 Juta Majukan Pekebun Kecil

Getah (Risda) Sarawak menerima peruntukan pembangunan RM47.3 juta bagi tujuan melaksanakan program pembangunan pekebun kecil di negeri ini

KUCHING: Untuk 2018, Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Sarawak menerima peruntukan pembangunan RM47.3 juta bagi tujuan melaksanakan program pembangunan pekebun kecil di negeri ini.

“Peruntukan disalurkan itu diharap RISDA negeri ini dapat mencapai visi dan misi menjadi peneraju mensejahterakan lebih 60,000 masyarakat pekebun kecil di negeri ini,” kata Ketua Pengarah RISDA, Dato’ Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad.

Bercakap merasmikan Majlis Pengoperasian Amanat Pengurusan Risda Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, Wan Ahmad berkata peruntukan tersebut meliputi program tanam semula, prasarana, khidmat pengembangan, pembangunan institusi pekebun kecil serta tuisyen desa dan sebagainya.

Wan Ahmad menyifatkan peruntukan tersebut memberi manfaat ke atas ekonomi pekebun kecil di negeri ini

Menurut beliau, dengan peruntukan berkenaan, membantu Risda Sarawak membangunkan kawasan penanaman getah di seluruh bahagian.

ambah Wan Ahmad, ini sekali gus meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan pekebun kecil, membuktikan kerajaan komited membela pekebun kecil melalui transformasi yang dilaksanakan.

Wan Ahmad berkata, Risda agensi yang menjaga komuniti pekebun kecil, namun untuk mendapat hasil dan pendapatan lumayan, kunci kejayaan terletak di tangan pekebun kecil sendiri. –Sarawakvoice

Kategori
Borneo