Rabiatul, 16 Tahun Rayu Simpati RM70 Ribu Untuk Jalani Pembedahan Jantung Berlubang Pada 1 Mac Depan

Jumlah kos yang diperlukan bagi menampung pembedahan tersebut adalah sebanyak RM70 ribu dan ini merupakan pembedahan kali pertama

BINTULU: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun memerlukan sumbangan dana RM70 ribu untuk tujuan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara pada 1 Mac depan.

Rabiatul Sayyidah Nafsiah menurut bapanya, Mohadmas Mohamad, mempunyai masalah jantung berlubang dan amat memerlukan simpati orang ramai untuk membantu proses pembedahan anaknya.

“Anak saya diarahkan untuk berada di wad pada 19 Februari ini.

“Jumlah kos yang diperlukan bagi menampung pembedahan tersebut adalah sebanyak RM70 ribu dan ini merupakan pembedahan kali pertama yang akan ditempuhnya,” katanya.

Jelas Mohadmas, beliau berasa sedih kerana Rabiatul masih terlalu muda untuk melalui keadaan ini.

“Tetapi saya ‘redha’ dengan ketentuan Ilahi,” katanya yang hanya bekerja sebagai mekanik dan tidak mempunyai pendapatan tetap atau sebarang insurans untuk membiayai pembedahan tersebut.

Orang ramai yang bersimpati dan mahu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi nombor Akaun 2-00-6801-00021331-7 (Bank Pertanian Malaysia) atau menghubungi beliau di talian 019-3901971.

Kategori
Borneo